ad
AGENDA

Tahun Baharu: Agong, Raja Permaisuri doakan kesejahteraan seluruh rakyat, negara

31 Dis 2023, 12:00 PM
Tahun Baharu: Agong, Raja Permaisuri doakan kesejahteraan seluruh rakyat, negara

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

”Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan," titah Seri Paduka berdua.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.