ad
AGENDA

Amirudin kekal terajui Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor

14 Dis 2023, 6:39 AM
Amirudin kekal terajui Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor
Amirudin kekal terajui Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor

SHAH ALAM, 14 DIS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato' Seri Amirudin Shari kekal sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor bagi sesi 2023-2025.

Wakil rakyat Tanjung Sepat Borhan Aman Shah turut dikekalkan sebagai timbalan pengerusi dalam sesi baharu yang berkuat kuasa pada 1 Disember, kata pengarah komunikasi KEADILAN Selangor.

"Mendepani pentas politik yang semakin progresif, maka KEADILAN Selangor merasakan wajar untuk melakukan rejuvenasi dalam kepimpinan dengan merangkumkan tenaga dan idea yang lebih segar," kata Mohd Afiq Mohd Tuniman dalam kenyataan hari ini.

Senarai lengkap pelantikan baharu Biro Politik MPN KEADILAN Selangor seperti berikut:

Pengerusi

Dato' Seri Amirudin Shari

Timbalan Pengerusi

Borhan Aman Shah

Naib Pengerusi 1

Hee Loy Sian

Naib Pengerusi 2

G Gunarajah

Naib Pengerusi 3

Juwairiya Zulkifli

Ketua Wanita

Rozana Zainal Abidin

Ketua Angkatan Muda

Muhammad Izuan Ahmad Kasim

Setiausaha

Saudara Mohd Khairuddin Othman

Bendahari

Elizabeth Wong

Ketua Penerangan

Halimey Abu Bakar

Setiausaha Pengelola

Mohd Yahya Mat Sahri

Pengarah Strategik

Saifuddin Shafi Muhammad

Pengarah Mobilisasi

Mohd Azhar Achil

Pengarah Latihan

Ahmad Azri Zainal Nor

Pengarah Jabatan Pilihan Raya

Dr Yaakob Sapari

Pengarah Komunikasi

Mohd Afiq Mohd Tuniman

Ex-Officio

Mohd Najwan Halimi

Dr Muhammad Fahmi Ngah

Azmizam Zaman Huri

Rodziah Ismail

A.RahimAhmad Kasdi

R Sivarasa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.