ad
BUDAYA

Perempuan kecil penangkap petir

19 Nov 2023, 12:30 AM
Perempuan kecil penangkap petir

 

Perempuan kecil mencari petir

difikirnya kotak mancis

ada kayu dan belerang.

Setiap petang dia akan ke padang

menunggu petir dengan sekotak mancis

dan dengan bijaksana menangkapnya

menjadi cahaya dalam segala

hingga kegelapan tidak bermakna lagi.

Perempuan kecil tidak pernah berlari

untuk menyelamat almari bumi

semuanya menjadi sebutir pasir

yang tidak dimengertikan kewujudannya

di dalam kotak kecil penuh tenaga.

 

Hipani Alwi

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.