ad
AGENDA

Mangsa kedua runtuhan binaan restoran di Pulau Perhentian meninggal dunia

12 Nov 2023, 7:36 AM
Mangsa kedua runtuhan binaan restoran di Pulau Perhentian meninggal dunia

JERTIH 12 NOV: Seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan restoran dalam pembinaan di Malee Beach Resort, Pulau Perhentian dekat sini Khamis lalu, meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa yang dikenali Bahul Jamil, 42, warganegara Indonesia, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan pada 2.14 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

“Mangsa ditemukan terperangkap di bawah runtuhan tersebut pada 1.18 tengah hari, Khamis lalu selepas terperangkap kira-kira lapan jam, dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu.

“Kematian Bahul menjadikan dua daripada tujuh mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu meninggal dunia. Mangsa pertama yang maut dikenali Suparno, 40, ditemukan meninggal dunia 2.15 petang Jumaat,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.