ad
ADN

ADN PN puji program kebajikan, ada ruang tambah baik belanjawan

11 Nov 2023, 4:29 AM
ADN PN puji program kebajikan, ada ruang tambah baik belanjawan
ADN PN puji program kebajikan, ada ruang tambah baik belanjawan
ADN PN puji program kebajikan, ada ruang tambah baik belanjawan

SHAH ALAM, 11 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Perikatan Nasional (PN) menyambut baik program kebajikan yang diumumkan Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam belanjawan semalam.

Wakil rakyat Permatang Nurul Syazwani Noh berkata peruntukan RM4 juta untuk pembangunan wanita dan pelbagai insentif lain menunjukkan pentadbiran negeri komited meneruskan tradisi membela rakyat.

[caption id="attachment_612896" align="alignright" width="318"] ADN Permatang Nurul Syazwani Noh ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Annex, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Memang banyak insentif untuk wanita tetapi saya harapkan ada penambahbaikan lagi. Rata-rata program masih sama, namun saya puji kerana banyak dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, ADN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berpendapat ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik terutama dalam meningkatkan dana pembangunan luar bandar.

Beliau berkata kebanyakan projek mega yang diumumkan tertumpu di kawasan bandar, sekali gus menyebabkan jurang kemajuan dengan luar bandar semakin besar.

“Belanjawan ini banyak yang bagus, cuma mungkin boleh ditambah baik untuk luar bandar. Belanja mengurus juga masih lagi tinggi banding pembangunan sedangkan Selangor status negeri maju.

"Ini yang kami akan teliti untuk dibahaskan minggu hadapan,” katanya.

[caption id="attachment_612895" align="alignleft" width="321"] ADN Sabak Sallehen Mukhyi ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Annex, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, ADN Sabak Sallehen Mukhyi menyambut baik peruntukan RM25 juta untuk pembinaan kompleks Islam di Gombak Permai bagi membangunkan institusi ibadah masyarakat Islam.

“Saya setuju pada dasar pembinaan agama, dari sudut fizikal kita sudah ada pembangunan untuk umat Islam beribadah dan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Namun pembangunan institusi ibadah memerlukan tenaga pengajar yang terlatih. Jadi perlu wujudkan juga sebuah pusat latihan sebagai institusi sarjana yang melahirkan ulama hebat,” katanya.

Bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan, belanjawan 2024 memperuntuk RM2.53 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pembangunan negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.