ad
AGENDA

Negeri perkasa institusi fatwa, tonggak penting pentadbiran Islam

10 Nov 2023, 11:55 AM
Negeri perkasa institusi fatwa, tonggak penting pentadbiran Islam

SHAH ALAM, 10 NOV: Sebanyak RM500,000 diperuntuk bagi mengukuh dan memperkasa institusi fatwa di Selangor, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Mufti berperanan penting sebagai salah satu tonggak institusi pentadbiran Islam di negeri ini seiring dengan perubahan zaman yang serba mencabar.

“Di samping tugas utamanya mengeluarkan fatwa, memberikan khidmat nasihat, menghasilkan garis panduan dan penerbitan, Jabatan Mufti juga bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan kajian sejajar dengan perubahan zaman yang serba mencabar ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Selain itu, Jabatan Mufti juga berfungsi memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal berkaitan akidah, syariah dan akhlak.

Jabatan itu juga menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan ilmu falak serta menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.