ad
ADN

Unisel distruktur semula, fokus latihan teknikal, vokasional

10 Nov 2023, 10:00 AM
Unisel distruktur semula, fokus latihan teknikal, vokasional

SHAH ALAM, 10 NOV: Universiti Selangor (Unisel) akan distruktur semula menjadi Universiti Industri Selangor sekali gus memfokuskan sepenuhnya kepada latihan teknikal dan vokasional.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penjenamaan itu dilakukan ke arah mengukuhkan usaha program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bernilai tinggi di negeri ini menjelang 2025.

“Pembangunan Pendidikan TVET di Selangor sentiasa diberi perhatian memandangkan keperluan yang tinggi bagi melahirkan pekerja mahir dan berpotensi dalam memenuhi keperluan industri dan ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 hari ini.

Selain itu, sejumlah RM24.9 juta diperuntuk bagi keseluruhan Program Pembangunan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Negeri Selangor, antara usaha lain ialah:

  1. RM13.85 juta diperuntuk bagi Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKHTISASS) sebagai persediaan ke arah Revolusi Industri 4.0, sekali gus meningkatkan pelaburan asing (FDI) di negeri ini

2. RM9 juta naik taraf, baik pulih dan tambah baik infrastruktur Unisel, Universiti Islam Selangor (UIS) dan           Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)

3. RM400,000 diteruskan untuk program pemberian Baucar Buku kepada mahasiswa keluarga B40 dan              asnaf. Menyasarkan 2,000 mahasiswa dari Universiti Awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta            (IPTS) terpilih

4. Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor akan dilancarkan, babit siri jelajah ke UA seluruh negara untuk perkenal      inisiatif pendidikan ditawar Kerajaan Negeri. Kerjasama strategik bersama Gabungan Pelajar Melayu              Semenanjung (GPMS) Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.