ad
BERITA UTAMA

Iktiraf sektor penjagaan sebagai khidmat penting, pemangkin ekonomi negeri

30 Okt 2023, 9:00 AM
Iktiraf sektor penjagaan sebagai khidmat penting, pemangkin ekonomi negeri
Iktiraf sektor penjagaan sebagai khidmat penting, pemangkin ekonomi negeri
Iktiraf sektor penjagaan sebagai khidmat penting, pemangkin ekonomi negeri

SHAH ALAM, 30 OKT: Sektor penjagaan wajar diiktiraf sebagai keperluan penting memandangkan sumbanganya sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negeri, kata EXCO pembangunan wanita.

Anfaal Safari berkata berikutan itu polisi dasar, inisiatif dan program sedia ada perlu diperhalusi dan ditambah baik selain kerangka lebih jelas dan selaras dengan keperluan golongan sasar.

[caption id="attachment_610787" align="aligncenter" width="812"] EXCO Kebajikan Anfaal Saari berucap sempena majlis perasmian Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Simposium Ekonomi Penjagaan Selangor menjadi platform kepada pemegang taruh menyampaikan pandangan, berbincang, mengutarakan idea, halatuju dan strategi berhubung sektor ini.

“Kita harap program ini dapat memberi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam menggubal dan merancang dasar serta inisiatif terbaik bagi membangunkan sektor ekonomi penjagaan,” katanya.

Majlis julung kali itu disertai wakil agensi dan jabatan, ahli akademik dan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta swasta yang disempurnakan dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berlangsung dua hari di Hotel Mardiyyah, di sini, program melibatkan tiga komponen iaitu pembentang kertas kerja, perbincangan kumpulan tumpuan serta sesi dialog membabitkan golongan pakar dan pemain industri.

[caption id="attachment_610789" align="aligncenter" width="766"] Peserta mendengar pembentangan kertas kerja dalam Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.