ad
ADN

ADN Balakong cadang naik taraf taman rekreasi perumahan, jadi pusat aktiviti komuniti

26 Okt 2023, 9:42 AM
ADN Balakong cadang naik taraf taman rekreasi perumahan, jadi pusat aktiviti komuniti
ADN Balakong cadang naik taraf taman rekreasi perumahan, jadi pusat aktiviti komuniti

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 OKT: Infrastruktur taman rekreasi di beberapa kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan di naik taraf bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

Wakil rakyatnya Ong Chun Wei berkata kemudahan untuk aktivti senaman atau riadah perlu ditambah baik bagi menyokong matlamat untuk melahirkan masyarakat yang sihat.

"Saya ada berkunjung ke Taman Putri Jaya, saya melihat banyak kemudahan yang perlu ditambah baik seperti gazebo yang boleh dijadikan tempat berehat selepas bersenam.

"Selain itu, saya terima pandangan supaya diwujudkan ruang komuniti di setiap taman rekreasi perumahan. Ini satu cadangan yang baik kerana ia memudahkan penduduk berkumpul serta menjalankan aktiviti bersama,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_610149" align="aligncenter" width="711"] Wakil rakyat Balakong Ong Chun Wei beramah mesra bersama penduduk Taman Putri Jaya, Balakong pada 19 Oktober 2023. Foto Facebook Ong Chun Wei[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.