BERITA UTAMA

Penjawat awam disaran cipta inovasi, pemangkin pembangunan menuju negeri pintar

22 Okt 2023, 9:12 AM
Penjawat awam disaran cipta inovasi, pemangkin pembangunan menuju negeri pintar
Penjawat awam disaran cipta inovasi, pemangkin pembangunan menuju negeri pintar
Penjawat awam disaran cipta inovasi, pemangkin pembangunan menuju negeri pintar
Penjawat awam disaran cipta inovasi, pemangkin pembangunan menuju negeri pintar

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Penjawat awam negeri ini perlu mengambil peluang mencipta inovasi supaya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Fahmi Ngah berkata inovasi diperlukan supaya memudahkan pengurusan perkhidmatan dalam tadbir urus Kerajaan Negeri.

Menurutnya, penciptaan inovasi kini tidak asing lagi dan Selangor sendiri mula menyuburkannya dalam memangkin pembangunan sekali gus menuju negeri pintar menjelang 2025.

[caption id="attachment_609392" align="alignleft" width="500"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah berucap pada Majlis Persada Inovasi
Perkhidmatan Awam Selangor di a Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Malah, jika dilihat model negara maju juga memacu inovasi yang dipandu kerajaannya. Tidak dinafikan perlu sokongan swasta tetapi kerajaan juga perlu memainkan peranan membawa inovasi itu sendiri.

“Memang ada cabarannya, tetapi jika disambut baik khususnya oleh penjawat awam ia akan memudahkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Ini peluang baik untuk penjawat awam tingkatkan keupayaan mereka untuk cipta lebih banyak inovasi,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 di Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

SIBS 2023 yang memasuki edisi ketujuh membuka tirai 19 Oktober lalu dengan menyediakan hampir 1,050 reruai dan jangkaan kehadiran 50,000 pengunjung termasuk luar negara.

SIBS yang dianjurkan sejak 2015 membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

[caption id="attachment_609372" align="aligncenter" width="755"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah menyampaikan hadiah kepada johan kategori inovasi penyampaian perkhidmatan (penambahbaikan) pada majlis penyampaian hadiah pemenang Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Antara negara terlibat ialah China, Itali, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, Taiwan, Korea Selatan Jepun dan Kazakhstan.

SIBS mengetengahkan acara merangkumi Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan), Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Persidangan Perniagaan Asia serta Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi.

[caption id="attachment_609398" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah berucap pada Majlis Persada Inovasi
Perkhidmatan Awam Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]