ad
AGENDA

Pemain boling Selangor dinobat juara dunia, banggakan negara

10 Okt 2023, 9:45 AM
Pemain boling Selangor dinobat juara dunia, banggakan negara

SHAH ALAM, 10 OKT: EXCO sukan merakam ucapan tahniah kepada atlet boling Selangor yang meraih pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi.

Najwan Halimi memaklumkan kejayaan Natasha Mohamed Roslan amat membanggakan negara khususnya negeri ini.

“Tahniah @natasharoslan_, atlet Selangor yang telah dinobatkan sebagai juara dunia baharu di Kejohanan Tenpin Boling Dunia di Salmiya, Kuwait,” katanya di X.

Menurut Najwan, Natasha merupakan atlet negara ketiga yang merangkul gelaran juara dunia selepas Esther Cheah pada 2005 dan Jacqueline Sijore pada 2011.

“Pasukan Malaysia mendominasi dua kedudukan teratas selepas Natasha menewaskan rakan senegara, @sinlijane dalam aksi akhir acara individu wanita,” katanya.

Natasha, 27, memenangi kejohanan itu selepas mengenepikan saingan rakan senegara, Sin Li Jane dengan keputusan 2-1 menerusi format tiga permainan terbaik pada aksi yang berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.

Kejayaan atlet kelahiran Selangor itu mengakhiri kemarau selama 12 tahun selepas kali terakhir ia dimenangi wakil negara adalah di Hong Kong pada 2011.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.