AGENDA

Maybank tidak kenakan sebarang caj DuitNow QR ke atas peniaga

29 Sep 2023, 4:00 AM
Maybank tidak kenakan sebarang caj DuitNow QR ke atas peniaga

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

"Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mengendalikan kod DuitNow QR, baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 November.

Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.