AGENDA

16 pasukan buru trofi Liga Juara Selangor 2023

19 Sep 2023, 1:29 AM
16 pasukan buru trofi Liga Juara Selangor 2023

SUBANG JAYA, 19 SEPT: Sebanyak 16 pasukan bakal berentap dalam Liga Juara Selangor 2023 (SCL) yang berlangsung di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bermula 30 September hingga 10 Disember.

Berdasarkan sesi undian di Hotel Sunway Resort & Spa di sini malam tadi, lapan pasukan dalam setiap kumpulan akan bermain dalam tujuh perlawanan dan empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir.

Memasuki edisi ketujuh, SCL yang diilhamkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, disertai lebih 500 pemain membabitkan 63 perlawanan.

Kejohanan tahun ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM14,000 untuk juara manakala naib juara akan menerima wang tunai RM8,000.

Terdahulu, Fairuz Montana daripada Kelana United diumum pemenang anugerah Jurulatih Terbaik, manakala Shahrul Haziq juga beraksi bersama Kelana United dianugerahkan sebagai Pemain Muda Terbaik SCL 2022 pilihan penyokong.

Pemain Selangor Belia Harry Danish merangkul anugerah Gol Terbaik manakala Muhammad Harris Sharudin menerima Anugerah Jawatankuasa Pengadil atas komitmen dan prestasi baik sepanjang kempen SCL 2022.

Berikut adalah keputusan undian SCL 2023:

Kumpulan A:

Ampang Ukay Positive

Gombak FA

Kg Bharu Boss

Klang Frenz United

Kru Port Klang

Ingress KL

Tebuan Kg Pinang

KKB Brotherhood

Kumpulan B:

MBSA

NPNG Damansara Perdana

SFC Youth

PJ Kelana United

Sijangkang City

AAK Puncak Alam

Kajang Northern Merbau

Najmi SFFC Kota Damansara