BUDAYA

Kerusi yang membakar api

16 Sep 2023, 12:30 AM
Kerusi yang membakar api

Yang panas itu kerusi bukan api

dinyalakan oleh perang

tidak membunuh tetapi penyerahan

melalui kata kata dan bendera,

itulah,senjatanya.

Masing masing ada agenda,

sama ada nyata atau rahsia.

Bila beraksi mengeluarkan pawaka

tidak membakar minda,

tetapi lemas tergoda.

Siapa betul dan yang mana benar,

lawan suara bukan lawan kuat,

mana yang bijak menyalakan

di tangan tangan, keputusan.

Api bukan kerusi,

tetapi dipanaskan di bawahnya,

oleh bara dan kayu manusia

tanpa minyak tanpa penggesek

membaranya hanya dibancuh

oleh angin yang bergelora.

Solihin Osman

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.