ad
AGENDA

Anwar ucap tahniah atas kemenangan HARAPAN di Pulai dan Simpang Jeram

10 Sep 2023, 2:31 AM
Anwar ucap tahniah atas kemenangan HARAPAN di Pulai dan Simpang Jeram
Anwar ucap tahniah atas kemenangan HARAPAN di Pulai dan Simpang Jeram

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman atas kemenangan, sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi HARAPAN turut menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong dan yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangunkan negara.

"Keputusan ini ternyata suatu perkembangan yang positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan,” katanya dalam catatan di laman Facebook.

Beliau mengakhiri catatan ucapan tahniah itu dengan tanda pagar #MalaysiaMADANI.

[caption id="attachment_602186" align="aligncenter" width="788"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Jelajah Perpaduan Madani Pulai di Johor Bahru pada 3 September 2023. Hadir sama calon HARAPAN Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Suhaizan yang bertanding buat kali ketujuh dalam pilihan raya, menang dengan majoriti 18,641 undi, sekali gus menyaksikan beliau menjadi Ahli Parlimen pertama mewakili Kerajaan Perpaduan yang dibentuk menerusi dukungan gabungan HARAPAN-Barisan Nasional (BN).

Sementara, Nazri pula menang di Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi selepas menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, S Jeganathan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.