ad
AGENDA

Gombak, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan, ribut petir hingga 7 malam

28 Ogos 2023, 8:52 AM
Gombak, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan, ribut petir hingga 7 malam
Gombak, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan, ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor hingga 7 malam ini.

Agensi itu meramalkan cuaca sama diramal berlaku di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.