ad
AGENDA

Kampung Baru Semenyih, PPR Kota Damansara antara lokasi jualan murah hari ini

20 Ogos 2023, 11:50 PM
Kampung Baru Semenyih, PPR Kota Damansara antara lokasi jualan murah hari ini
Kampung Baru Semenyih, PPR Kota Damansara antara lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 21 OGOS: Program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di tapak padang bola keranjang, Kampung Baru Semenyih serta Blok C dan D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Selain itu di Dewan Komuniti Taman Putra Perdana, Dengkil yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Barangan asas dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan http://linktr.ee/myPKPS

Setakat Julai, penganjuran JER diadakan di lebih 2,400 lokasi dengan mencatat nilai jualan RM60 juta termasuk pemberian subsidi bersasar lebih RM20 juta dari Kerajaan Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.