AGENSI

Teruja dapat berjimat, warga Kuala Lumpur sering kunjungi jualan murah

20 Ogos 2023, 10:00 AM
Teruja dapat berjimat, warga Kuala Lumpur sering kunjungi jualan murah
Teruja dapat berjimat, warga Kuala Lumpur sering kunjungi jualan murah
Teruja dapat berjimat, warga Kuala Lumpur sering kunjungi jualan murah
Teruja dapat berjimat, warga Kuala Lumpur sering kunjungi jualan murah

Oleh AMIRUL FAZLI

SEPANG, 20 OGOS: Teruja dapat berjimat, seorang warga Kuala Lumpur sanggup turun ke beberapa lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi mendapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah.

Nabila Huda, 30, berkata beliau sering mengikuti Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) agar tidak terlepas peluang mengunjungi lokasi jualan yang berhampiran kediamannya.

[caption id="attachment_598857" align="aligncenter" width="814"] Nabila Huda, 30,[/caption]

"Saya tertarik dengan inisiatif Kerajaan Selangor untuk membantu meringkan kos sara hidup rakyatnya dengan menawar barangan asas murah melalui JER.

"Saya juga ada membaca reaksi pembeli di media sosial dan ramai yang akui harganya berbaloi jadi saya cuba untuk turun ke lokasi jualan. Bermula dari situ saya sering hadir ke lokasi yang berhampiran rumah," katanya yang mengunjungi JER sempena Pesta Pantai Bagan Lalang di sini hari ini.

Sementara itu, penjawat awam Noridah Shamsuddin, 54, yang lebih lima kali berbelanja di JER mengakui barangan yang ditawarkan bukan sahaja murah malah berkualiti dan sangat membantu golongan sepertinya.

[caption id="attachment_598859" align="aligncenter" width="753"] Noridah Shamsuddin, 54,[/caption]

"Harga amat murah dan kami boleh berbelanja lebih sedikit dari beli di luar selain barang yang dijual sangat berkualiti.

"Hasil berjimat ini dapat kami gunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan yang lain" katanya.

Pandangan sama turut dikongsi pekerja swasta Abdul Qahhar, 39, selain berkata JER adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat yang terhimpit beban kos sara hidup.

[caption id="attachment_598864" align="aligncenter" width="788"] Abdul Qahhar, 39,[/caption]

"Dengan adanya JER ini, ramai orang boleh berbelanja untuk mendapatkan barangan asas yang kualiti pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran luar," katanya.

JER diperkenalkan tahun lalu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

PKPS turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Agensi itu pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Setakat ini, JER sudah dianjurkan di lebih 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.