ad
AGENSI

Hijrah tawar pinjaman modal perniagaan sehingga RM20,000

20 Ogos 2023, 6:38 AM
Hijrah tawar pinjaman modal perniagaan sehingga RM20,000

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 20 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) mempelawa usahawan di negeri ini memohon pinjaman modal perniagaan sehingga RM20,000 menerusi Skim i-Bermusim.

Agensi itu berkata tawaran dibuka buat usahawan yang ingin menjalankan aktiviti perniagaan pada musim perayaan atau musim buah-buahan.

“Tawaran pembiayaan sehingga RM20,000 melalui skim ini untuk membantu peniaga menjalankan aktiviti perniagaan,” katanya menerusi Facebook.

Skim itu boleh dimohon melalui pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau hubungi 19 cawangan Hijrah.

Untuk rekod, Hijrah sejak 2015 sudah memperuntukkan modal niaga bernilai RM749.63 juta membabitkan pelbagai skim pembiayaan yang membawa manfaat kepada 57,492 usahawan negeri untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

  • Penduduk atau permaustatin di Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai premis perniagaan khusus
  • Salinan lesen/permit perniagaan sah
  • Berumur 18 hingga 65 tahun

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.