SHAH ALAM, 20 OGOS: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan diskaun sehingga 15 peratus kepada pengunjung Festival Buku Merdeka 2023 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 31 Ogos hingga 3 September ini.
Pengurus Jualan dan Pemasaran IBDE Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman berkata pengunjung yang membeli tiga buku ke atas dan pembelian lebih RM100 akan mendapat beg IBDE secara percuma.
"IBDE bawa 2,000 buku dengan 80 judul kepada pengunjung, kesemua judul buku tersebut merupakan terbitan IBDE, Institut Kajian Dasar (IKD) dan Jurnal Svara.
“Antara judul buku yang ditawarkan ialah Kitab Ihya Ulumuddin: Menghidupkan Ilmu Agama; Memelihara Jiwa: Petua dari Tabib Kurun Ke-9 dan Biografi Imam Al-Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan," katanya.
Menurut Ainunl Muaiyanah IBDE juga akan mengadakan mengadakan sesi bual bicara buku IBDE yang terpilih.
“Jemput datang beramai-ramai ke reruai IBDE (nombor sembilan) di tingkat empat Sunway Putra Mall nanti,” tambahnya.


