AGENDA

Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 7 malam

19 Ogos 2023, 8:17 AM
Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 7 malam
Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 7 malam

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 OGOS: Dua daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor dan Gombak diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga 7 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.