AGENDA

Klang, Sepang antara daerah diramal hujan hingga 2 petang

19 Ogos 2023, 3:34 AM
Klang, Sepang antara daerah diramal hujan hingga 2 petang

SHAH ALAM, 19 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 2 petang.

Agensi tersebut meramalkan cuaca sama melanda Putrajaya, Melaka serta beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Metmalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.