BUDAYA

Manusia yang terjatuh ke dalam kopi

19 Ogos 2023, 12:26 AM
Manusia yang terjatuh ke dalam kopi

ketika bibirnya meniti di pinggir cangkir

seorang manusia terjatuh ke dalam kopi pekat.

dalam bekas sejengkal

manusia itu terombang-ambing

seperti kayu di jeram

lemas, terteguk kopi hitam.

rasa pahit menyeruak tekak

gambaran perit kehidupan semalam

dan paruh sudu yang memancung

bagai cemeti algojo kejam.

di dalam cangkir ini

nikmat kopi tidak lagi kutemui.

 

Saiful Ghazali

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.