SHAH ALAM, 12 OGOS: Calon-calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menyeru semua pemilih yang belum menunaikan tanggungjawab membuang undi agar bersegera berbuat demikian.
Setakat 1 tengah hari tadi, kira-kira 44 peratus daripada 3.7 juta juta pengundi berbuat demikian.
Dalam mesej video di Twitter, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari turut menggesa orang ramai terus keluar mengundi.
Calon-calon tersebut:
[caption id="attachment_597582" align="aligncenter" width="969"] Calon Sungai Ramal Mazwan Johar yang melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Tujuh, Bandar Baru Bangi pada 12 Ogos 2023.[/caption]
[caption id="attachment_597583" align="alignnone" width="720"] Amidi Abdul Manan, calon Ijok bertegur sapa dengan pengundi warga emas, Sabil Md Salleh, 84, yang menunggu giliran di Sekolah Kebangsaan Ijok, Bestari Jaya pada 12 Ogos 2023.[/caption]
[caption id="attachment_597584" align="alignnone" width="719"] Calon Jeram Datuk Jahaya Ibrahim bersama sebahagian pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Cheraka, Jeram pada 12 Ogos 2023.[/caption]
[caption id="attachment_597585" align="alignnone" width="716"] Seorang pengundi berswafoto bersama calon Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri selepas membuang undi di Sekolah Rendah Agama Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 12 Ogos 2023.[/caption]
[caption id="attachment_597586" align="alignnone" width="721"] Calon Permatang Mohd Yahya Mat Sahri selepas selesai mengundi bertegur sapa dengan orang ramai di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Kuala Selangor pada 12 Ogos 2023.[/caption]
[caption id="attachment_597587" align="alignnone" width="715"] Calon Semenyih Wan Zulaika Anua disapa mesra seorang pengundi di Balai Raya Sesapan Batu Rembau, Beranang pada 12 Ogos 2023.[/caption]
[caption id="attachment_597588" align="alignnone" width="718"] Seorang pengundi warga emas yang berkerusi roda Alwi Darus, 74, dibantu calon Taman Templer Anfaal Saari di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, Batu Caves pada 12 Ogos 2023.[/caption]