ad
AGENDA

HARAPAN-BN patahkan serangan pembangkang guna fakta pencapaian

10 Ogos 2023, 10:27 AM
HARAPAN-BN patahkan serangan pembangkang guna fakta pencapaian
HARAPAN-BN patahkan serangan pembangkang guna fakta pencapaian
HARAPAN-BN patahkan serangan pembangkang guna fakta pencapaian

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

HULU LANGAT, 10 OGOS: Kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) mematahkan serangan lawan menerusi fakta pencapaian prestasi dalam memajukan negeri dan negara.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari kesal berikutan pembangkang memberi gambaran seolah-olah HARAPAN mahupun BN gagal mentabdir negeri atau negara sejak sekian lama.

[caption id="attachment_597294" align="aligncenter" width="811"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih #KitaSelangor di Dewan Semarak Kasih Dataran Dato' Mohd Said Semenyih, Hulu Langat pada 9 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Dia (Perikatan Nasional) mulakan serangan seolah-olah kita tidak berjaya (kuasai) ekonomi negeri, ini usaha mempengaruhi rakyat kononnya merekalah paling pandai bangun, urus negara.

"Selangor sumbang 25.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional, maknanya kalau RM10 dalam poket (Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor), ada 2.55 sen dari bumi Selangor.

"Kalau pandai sangat, puluh tahun jaga Kelantan, satu penggal jaga Terengganu, apa lonjakan? Ini bukan angka saya cipta, ini angka Jabatan Statistik (Perangkaan) Negara," katanya.

Beliau berucap dalam program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih Kita Selangor yang dihadiri ratusan penduduk di Beranang malam tadi. Calon Barisan Nasional Wan Zulaikha Anua hadir sama.

[caption id="attachment_597252" align="aligncenter" width="913"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama calon Semenyih Wan Zulaikha Anua (tudung merah) ditemui pada program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih #KitaSelangor di Dewan Semarak Kasih Semenyih, Kajang pada 9 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin juga menjelaskan BN sebelum 2008 memajukan Selangor dengan membuka perkampungan baharu menggantikan ladang Sungai Renggam sehingga kini menjadi bandaraya (Shah Alam).

"Selepas 2008, kita tambah program Negeri Pintar, bangunkan prasarana, bina jambatan ketiga (Klang), sedia peluang ekonomi baharu, inilah gabungan yang bawa Selangor pada masa depan," kata pengerusi HARAPAN Selangor itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.