AGENDA

Politik stabil percepat proses pulih ekonomi negara

10 Ogos 2023, 10:16 AM
Politik stabil percepat proses pulih ekonomi negara
Politik stabil percepat proses pulih ekonomi negara
Politik stabil percepat proses pulih ekonomi negara

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

HULU LANGAT, 10 OGOS : Kestabilan politik penting bagi memperkukuh negara dalam usaha memulihkan ekonomi termasuk menarik keyakinan pelabur luar, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari mengingatkan pengundi enam pilihan raya negeri bahawa kerajaan negeri yang sehaluan kerajaan persekutuan memainkan peranan penting dalam proses itu.

Katanya, ketidakstabilan politik, keputusan tidak konsisten dan pandemik antara punca ekonomi negara merudum, hutang meningkat mengakibatkan ramai dibuang kerja dan perniagaan ditutup.

[caption id="attachment_597205" align="aligncenter" width="794"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih #KitaSelangor di Dewan Semarak Kasih Dataran Dato' Mohd Said Semenyih, Hulu Langat pada 9 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Tiga serangkai masalah ini selesai, sebaik selepas pilihan raya umum. Kenapa selesai? Kerana ada Kerajaan Perpaduan, bila stabil ekonomi kita bertambah, dalam jalan yang betul.

"Sekarang ringgit bertambah stabil dalam tempoh 10 atau 11 hari lalu bawah pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara," kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor itu.

Beliau berucap dalam program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih Kita Selangor yang dihadiri hadapan ratusan penduduk di Beranang malam tadi. Calon Barisan Nasional Wan Zulaikha Anua hadir sama.

[caption id="attachment_597252" align="aligncenter" width="782"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama calon Semenyih Wan Zulaikha Anua (tudung merah) ditemui pada program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih #KitaSelangor di Dewan Semarak Kasih Semenyih, Hulu Langat pada 9 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menerangkan pelaburan ke negara yang bertambah 60 peratus dalam masa enam bulan pertama 2023 membuktikan kerajaan persekutuan sedia ada yang memiliki kestabilan politik.

"Kerana, keyakinan pelaburan kepada kerajaan yang stabil, kita tidak akan tumbang dan tidak akan runtuh, sebaliknya akan kekal untuk lima tahun lagi akan datang," katanya.

Dalam suku pertama 2023, Malaysia menerima pelaburan RM71.4 bilion dalam pelbagai sektor, meningkat 60 peratus berbanding RM44.7 bilion yang dicatat pada suku sama tahun lalu.