ad
BERITA UTAMA

TINJAUAN: Pengecualian cukai, air percuma legakan beban kewangan rakyat

9 Ogos 2023, 2:00 AM
TINJAUAN: Pengecualian cukai, air percuma legakan beban kewangan rakyat
TINJAUAN: Pengecualian cukai, air percuma legakan beban kewangan rakyat
TINJAUAN: Pengecualian cukai, air percuma legakan beban kewangan rakyat
TINJAUAN: Pengecualian cukai, air percuma legakan beban kewangan rakyat
TINJAUAN: Pengecualian cukai, air percuma legakan beban kewangan rakyat

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jumlah penduduk Selangor yang bertambah saban tahun menimbulkan pelbagai isu dan keperluan berkait rutin hidup seharian penduduk.

Dalam tempoh lima tahun, pelbagai program dilaksana pentadbiran negeri bagi menangani isu setempat, sekali gus memastikan kehidupan rakyat terbela.

Berikut pandangan orang ramai mengenai beberapa inisiatif disediakan Kerajaan Negeri:

CUKAI PINTU

[caption id="attachment_596964" align="alignleft" width="262"] Nor Baiti Jamal[/caption]

Hanya Selangor sahaja yang memberikan cukai pintu percuma untuk pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung. Justeru, saya yang tinggal di Tanjong Karang berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan akan mengundi kerajaan perpaduan dalam pilihan raya ini.

Nor Baiti Jamal, 39, pekerja swasta

Ini merupakan ihsan Kerajaan Negeri kepada warga emas yang kurang mampu seperti saya. Harap Kerajaan Negeri kekalkan sampai bila-bila pengecualian cukai pintu ini.

Zabedah Awang, 68, suri rumah

Langkah yang baik kerana legakan penduduk kampung yang menetap di pinggir bandar. Lega kerana ketika kos hidup yang semakin tinggi, ada komitmen dapat pengecualian.

Razak Dahlan, 63, pesara

[caption id="attachment_596965" align="alignright" width="251"] Aminudin Ismail[/caption]

Memang sangat membantu golongan pesara yang hanya mengharapkan pencen. Semoga Kerajaan Negeri sekarang dikekalkan agar rakyat memerlukan terus dapat pengecualian cukai pintu dan menikmati pelbagai kemudahan lain.

Aminudin Ismail, 58, pesara

 

AIR PERCUMA

Perkhidmatan air percuma 20 meter padu yang ditawarkan dilihat berjaya meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) negeri ini.

Mereka dapat belanjakan wang yang sepatutnya bayar bil air untuk beli keperluan lain seperti makanan atau barang sekolah anak-anak. Ini sudah pasti melegakan kerana kos sara hidup sangat tinggi ketika ini.

Azhari Azizi, 26, mahasiswa

[caption id="attachment_596784" align="alignleft" width="205"] Siti Aminah Bulat[/caption]

Saya bersyukur menjadi anak Selangor kerana banyak bantuan disediakan Kerajaan Negeri demi kebajikan rakyat, malah air juga diberikan percuma.

Walaupun hanya 20 meter padu, namun ia membantu meringankan beban kewangan rakyat terutama dalam zaman ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat. Ini bukti Kerajaan Negeri prihatin keadaan hidup rakyat.

Siti Aminah Bulat, 60, suri rumah

 

Skim air percuma yang ditawarkan Kerajaan Negeri banyak membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat berikutan beban kewangan yang ditanggung.

Usaha Kerajaan Negeri tingkatkan syarat kelayakan kepada RM5,000 ke bawah juga bukti jelas kebajikan kumpulan berpendapatan sederhana (M40) turut dijaga.

Raja Syazwani Asdayanty Raja Yunus, 31, juruterapi

PELUANG KERJA

[caption id="attachment_596967" align="alignright" width="251"] Azwa Shahdiman[/caption]

Selangor negeri maju, justeru ramai akan mencari peluang kerja di sini. Apatah lagi, Selangor dan Kuala Lumpur juga merupakan pusat ekonomi negara. Banyak peluang untuk orang ramai.

Azwa Shahdiman, 36, kontraktor

 

Karnival Kerjaya disediakan Kerajaan Negeri merupakan platform terbaik dalam memberi ruang kepada anak muda khususnya lepasan universiti mendapat pekerjaan.

Pengalaman saya sendiri menghadiri karnival itu membantu untuk memantapkan kemahiran insaniah menerusi temu duga terbuka selain berinteraksi dengan wakil syarikat besar.

Mohamad Helmi Razak, 30, eksekutif kanan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.