AGENDA

Ketahui perkembangan terkini 56 calon DUN di portal PRN Selangor

8 Ogos 2023, 11:55 PM
Ketahui perkembangan terkini 56 calon DUN di portal PRN Selangor

SHAH ALAM, 9 OGOS: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) membawakan perkembangan terkini pilihan raya negeri (PRN) melalui portal khas termasuk keputusan masa nyata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga 12 Ogos.

Portal yang boleh dicapai melalui http://prnselangor.my memaparkan laporan langsung hari penamaan calon selain menampilkan ciri lain antaranya maklumat 56 kerusi DUN, statistik dan manifesto parti.

Ia turut dilengkapi fungsi analisis yang memaparkan perbandingan data semua kerusi merangkumi penyandang, jumlah dan demografi pengundi, pola pengundian serta sejarah pilihan raya.

Dibangunkan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), portal itu dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabat Media Selangor pada 10 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.