ad
ADN

Calon HARAPAN rancang buka pusat informasi, sebar inisiatif ditawar Kerajaan Negeri

3 Ogos 2023, 1:26 AM
Calon HARAPAN rancang buka pusat informasi, sebar inisiatif ditawar Kerajaan Negeri
Calon HARAPAN rancang buka pusat informasi, sebar inisiatif ditawar Kerajaan Negeri

OLEH SHAMZ JOHAN dan NINA FARZUIN MD SHAROM

AMPANG JAYA, 2 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang merancang membuka kaunter pusat khidmat di beberapa kawasan bertujuan menguruskan keperluan masyarakat setempat.

Juwairiya Zulkifli berkata kaunter tersebut juga akan berfungsi sebagai pusat informasi untuk menyebarkan maklumat mengenai pelbagai bantuan ditawarkan Kerajaan Negeri.

Terdahulu, beliau meluang masa menziarah beberapa penduduk yang menghidap kanser paru-paru dan juga pesakit strok dalam program Ziarah Kasih di Jalan Enggang, Taman Keramat, di sini semalam.

[caption id="attachment_596227" align="aligncenter" width="587"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru, Mariam Abdul Rashid menyerahkan risalah kepada peniaga pada program walkabout di Pasar Malam Meru Indah pada 2 Ogos 2023. Foto NINA FARZUIN MD SHAROM/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, calon HARAPAN DUN Meru Mariam Abdul Rashid beliau akan memberi perhatian isu banjir dan lambakan warga asing yang menjadi keresahan penduduk jika dipilih dalam pilihan raya negeri (PRN).

“Isu banjir kilat di Meru ini sebahagiannya telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

“Dengan adanya tindakan dari Kerajaan Negeri ini, saya sangat yakin untuk mewakili dan bawa suara rakyat Meru untuk selesaikan masalah yang menjadi kembimbangan sebahagian pengundi di sini,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.