ad
ADN

Suami pesakit barah terharu dikunjungi calon HARAPAN DUN Pelabuhan Klang

30 Jul 2023, 3:38 AM
Suami pesakit barah terharu dikunjungi calon HARAPAN DUN Pelabuhan Klang

KLANG, 30 JULAI: Suami kepada seorang pesakit barah usus tahap empat terharu apabila kediamannya dikunjungi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Lebih bermakna, Airul Nizam Abd Rahman, 44, berkata Azmizam juga pernah menziarahi dan memberikan kerusi roda untuk kegunaan isterinya sebelum ini.

"Sebelum ini beliau pernah datang untuk berikan kerusi roda kepada isteri saya Norainiwati Mat Akhir. Alhamdulillah dengan bantuan itu ia sedikit sebanyak dapat memudahkan pergerakan isteri.

"Saya berterima kasih dan terharu di atas kedatangan beliau (Azmizam) lagi pada hari ini meski tidak berpeluang melawat isteri saya kerana kebetulan dia (isteri) ditahan wad semalam," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pendamar Indah di sini malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai kesihatan isterinya, Airul Nizam memohon doa orang ramai agar Norainiwati yang menderita penyakit itu sejak 2021 diberi kesembuhan.

Terdahulu Azmizam meluangkan masa hampir sejam menyantuni keluarga berkenaan dan menyertai majlis doa selamat di kediaman Airul Nizam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.