ad
BERITA UTAMA

9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP

17 Jul 2023, 12:00 PM
9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP
9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP
9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP
9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP

SHAH ALAM, 17 JULAI: Seramai 9,227 pekerja p-panggilan mendapat manfaat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) berjumlah RM500 sejak skim berkenaan dilancar pada 2021.

EXCO pembangunan generasi muda berkata jumlah penyertaan bakal meningkat berikutan hampir 2,000 lagi pekerja ekonomi sampingan (gig) mendapat bantuan sama dalam masa terdekat.

[caption id="attachment_483683" align="aligncenter" width="757"] EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman menyantuni penghantar makanan selepas program sumbangan p-panggilan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita sasarkan 11,000 pekerja p-panggilan dibantu menerusi skim RiDE dalam tempoh dua tahun ini sebelum program dikembangkan kepada golongan e-panggilan.

“Usaha ini membuktikan Kerajaan Selangor cakna dan prihatin kepada semua pihak. Kita tidak mahu ada golongan yang tercicir dari menerima manfaat,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

RiDE diwujudkan selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja sektor p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.

[caption id="attachment_483640" align="aligncenter" width="808"] EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman (tengah) bergambar bersama penunggang e-panggilan dalam program sumbangan kepada peserta RiDE di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Tahun ini Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi membantu lebih 3,000 pekerja p-panggilan dengan setiap daripada mereka menerima wang tunai RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.

Berikutan permohonan menggalakkan, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu lebih ramai lagi pekerja industri berkenaan.

[caption id="attachment_586324" align="aligncenter" width="761"] Pekerja p-panggilan mendaftar pada majlis penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.