AGENDA

Selangor MAC, TOT United ke separuh akhir MPFL

17 Jul 2023, 4:37 AM
Selangor MAC, TOT United ke separuh akhir MPFL

SHAH ALAM, 17 JULAI: Selangor MAC dan Selangor TOT United memburu tempat ke akhir Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) selepas cemerlang mengatasi lawan masing-masing di suku akhir kedua pada Sabtu lalu.

Pahang Rangers FC menanti kunjungan Selangor MAC pada 23 Julai selepas masing-masing menang besar agreget 9-2 mengecewakan Shah Alam City dan Terengganu.

Selangor TOT United menewaskan Pulau Pinang 4-2 selepas dua pusingan bertemu Johor Darul Ta'zim yang mengatasi Sabah dengan agreget 21-0 pada 24 Julai.

Separuh akhir kedua akan berlangsung pada 29 Julai manakala perlawanan akhir dijadual pada 5 dan 12 Ogos.

Sementara itu, pemain Selangor MAC Ali Ebrahimi mengetuai senarai penjaring terbanyak dengan 21 gol selepas meledak hatrik ketika menewaskan Terengganu 5-1 pada separuh akhir kedua.

Tonggak Johor Darul Ta'zim Ekmal Shahrin kedua dengan 16 gol diikuti pemain Shah Alam City Well Pereira (15 gol) dan Azri Rahman (13 gol).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.