ad
ADN

Penyandang DUN Sungai Ramal tetap aktif turun padang, selesai isu rakyat

16 Jul 2023, 9:42 AM
Penyandang DUN Sungai Ramal tetap aktif turun padang, selesai isu rakyat
Penyandang DUN Sungai Ramal tetap aktif turun padang, selesai isu rakyat

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Penyandang kerusi Sungai Ramal, Kajang tetap aktif turun padang meninjau serta menyelesaikan isu rakyat meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Mazwan Johar berkata tumpuan diberikan kepada masalah yang memerlukan penyelesaian segera seperti tangki air pecah di Pangsapuri Tropika, Sungai Tangkas.

"Saya bergegas hadir ke Pangsapuri Tropika, Sungai Tangkas selepas badan pengurusan bersama (JMB) menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan.

"Ia susulan kejadian tangki air di Blok B Pangsapuri Tropika pecah dan mengakibatkan limpahan air sehingga merosakkan barangan di beberapa rumah di tingkat empat bangunan.

“Tindakan susulan telah pun diambil untuk mendapatkan perhatian daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberikan bantuan kepada pihak JMB pangsapuri dan mangsa yang terlibat,” katanya di Facebook.

Beliau berkata sumbangan wang tunai turut diberikan kepada mangsa terjejas bagi menampung kerugian yang dialami.

[caption id="attachment_593346" align="alignnone" width="700"] Bumbung kediaman mangsa yang terjejas akibat tangki air pecah di Pangsapuri Tropika, Sungai Tangkas pada 13 Julai 2023. Foto Facebook Mazwan johar[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.