ad
ADN

Lebih 5,000 warga Sekinchan guna transaksi tanpa tunai, pelajar sekolah paling ramai

12 Jul 2023, 12:00 AM
Lebih 5,000 warga Sekinchan guna transaksi tanpa tunai, pelajar sekolah paling ramai
Lebih 5,000 warga Sekinchan guna transaksi tanpa tunai, pelajar sekolah paling ramai

SHAH ALAM, 12 JULAI: Inisiatif kampung tanpa tunai kian mendapat tempat dalam kalangan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan apabila lebih 5,000 individu beralih kepada pembayaran digital.

Penyandang kerusi DUN Sekinchan berkata dapatan menunjukkan pelajar sekolah paling ramai menggunakan transaksi tanpa sentuh Hong Leong Bank sekali gus membuktikan capaian digital kawasan terbabit semakin meluas.

[caption id="attachment_433144" align="aligncenter" width="706"] Ng Suee Lim menjawab pertanyaan ketika sidang media Pelancaran Program ADN Muda Selangor Virtual 2020 di SUK Selangor, Shah Alam pada 24 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Rata-rata penduduk guna kaedah ini dengan pelajar sekolah paling cenderung untuk buat transaksi bayaran di premis termasuk warung pasar pagi. Kaedah ini akan diperluas di Sekinchan semaksimum mungkin.

"Sememangnya ia pencapaian luar biasa kerana Sekinchan mampu menjadi kampung pertama dalam negara melaksanakan kaedah ini," kata Ng Suee Lim ketika dihubungi.

Sebelum ini, DUN Sekinchan dipilih sebagai kampung tanpa tunai pertama di Malaysia oleh Hong Leong Bank Bhd (HLB) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menerusi program Visit Sekinchan 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB Domenic Fuda memaklumkan pemilihan DUN terbabit berikutan lokasinya yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.