ad
AGENSI

Peluang kembang niaga, usahawan dipelawa mohon pembiayaan Hijrah sehingga RM50,000

23 Jun 2023, 5:00 AM
Peluang kembang niaga, usahawan dipelawa mohon pembiayaan Hijrah sehingga RM50,000

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 23 JUN: Usahawan negeri ini yang berhasrat mengembang perniagaan dipelawa memohon pembiayaan Skim Go Digital Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Menurut Facebook agensi itu skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 19 cawangan Hijrah.

“Skim Go Digital diwujudkan untuk membantu usahawan mentransformasikan kaedah perniagaan ke arah pendigitalan melalui platform terkini dan moden.

“Dengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian,” katanya.

Setakat Januari hingga September tahun lalu, seramai 5,795 usahawan sudah menerima manfaat dari tujuh skim pembiayaan perniagaan bernilai RM92.37 juta daripada Hijrah.

Selain Go Digital, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan i-Bermusim.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.