AGENDA

Rosak pintu rumah, teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan

22 Jun 2023, 2:38 AM
Rosak pintu rumah, teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan

KOTA KINABALU, 22 JUN: Polis menahan teman wanita seorang pemain bola sepak Sabah 8 malam tadi kerana dipercayai merosakkan pintu rumah pemain tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada pemain bola sepak terbabit mengenai perkara itu Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.