ad
PBT

MPK anjur jualan lelong 755 barangan sitaan kepada orang awam esok

21 Jun 2023, 8:58 AM
MPK anjur jualan lelong 755 barangan sitaan kepada orang awam esok

Oleh AMILRUL FAZLI

SHAH ALAM, 21 JUN: Sebanyak 755 barangan sitaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan dilelong kepada orang awam di pekarangan pejabat penguat kuasa MPK esok.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan jualan lelongan itu bermula jam 10 pagi dan pengunjung dibenarkan membeli sebanyak yang mereka mahu.

"Di bawah Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 benda yang dinyatakan dibawah boleh dilucutkan melalui satu lelongan awam kerana kita tidak menerima sebarang notis bertulis dari pemunya untuk menuntut barang yang disita.

"Terdapat barangan seperti tong gas, kipas angin, aksesori telefon dan banyak lagi yang boleh orang awam dapatkan pada hari jualan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.