ad
ADN

DUN Batang Kali serah sumbangan RM15,000 kepada veteran ATM

20 Jun 2023, 6:37 AM
DUN Batang Kali serah sumbangan RM15,000 kepada veteran ATM

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 20 JUN: DUN Batang Kali menyerah sumbangan bernilai RM15,000 kepada Persatuan Veteran ATM cawangan Hulu Selangor pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42 persatuan itu Sabtu lepas.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata bantuan berupa wang tunai RM8,000 selain 100 kotak bakul makanan bernilai RM7,000 sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Dengan kekuatan seramai 1200 anggota aktif, veteran ATM Hulu Selangor boleh menjadi penyumbang kepada gerak kerja masyarakat yang aktif di sini.

“Sumbangan kecil ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan para veteran mempertahankan kedaulatan tanah air bagi memastikan kita memperolehi kehidupan yang aman sehingga hari ini,” katanya di Facebook.

Beliau menambah DUN berkenaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan dan keperluan kemahiran terhadap veteran ATM daerah tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.