ad
BERITA UTAMA

400 individu sertai seminar sembelihan, bimbing ikut syariat, wujud generasi pelapis

15 Jun 2023, 11:00 AM
400 individu sertai seminar sembelihan, bimbing ikut syariat, wujud generasi pelapis
400 individu sertai seminar sembelihan, bimbing ikut syariat, wujud generasi pelapis
400 individu sertai seminar sembelihan, bimbing ikut syariat, wujud generasi pelapis

SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 400 peserta menyertai seminar Pemantapan Sembelihan Halal Korban (Pelapah) 1444H di Masjid Negeri di sini hari ini.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata dalam program itu peserta diberi pendedahan terutama mengikut syariat dan Jabatan Veterinar khususnya dalam melakukan ibadah korban.

[caption id="attachment_587285" align="alignleft" width="409"] EXCO Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada seminar Pemantapan Sembelihan Halal Korban (Pelapah) 1444H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 15 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Seminar ini dianjurkan buat kali ketiga dan tahun ini disertai 400 peserta iaitu pentadbir masjid serta surau.

"Pelaksanaan ibadah korban seluruh negara kadang-kadang tidak menunjukkan rahmah atau ihsan kepada haiwan itu. Jadi dengan adanya seminar seperti ini, ia beri panduan dan bimbingan supaya sembelihan dilakukan dengan penuh kasih sayang," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan seminar itu di dewan syarahan dan muzakarah Islam, Masjid Negeri di sini yang turut dihadiri Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir.

Pada masa sama, Mohd Zawawi berharap peluang penyembelihan diberikan kepada generasi muda supaya ada pelapis pada masa akan datang.

"Apabila diberi peluang sembelihan di lapangan, mereka dapat mempraktikkan maklumat diberikan bukannya teori semata-mata.

[caption id="attachment_587286" align="aligncenter" width="823"] Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Korban (Pelapah) 1444H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 15 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Kemahiran tidak hanya di bilik darjah tetapi harus diamalkan, oleh itu ibadah korban adalah praktikal untuk mereka terjemahkan apa dipelajari," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.