ad
ADN

Wakil rakyat edar 240 baucar minyak hitam, bantu tampung kos selenggara motosikal

6 Jun 2023, 10:14 AM
Wakil rakyat edar 240 baucar minyak hitam, bantu tampung kos selenggara motosikal
Wakil rakyat edar 240 baucar minyak hitam, bantu tampung kos selenggara motosikal

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 6 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mengedarkan 240 baucar minyak hitam motosikal hari ini.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata baucar bernilai RM40 diedarkan kepada pengguna motosikal dalam kalangan penduduk dan pengundi DUN berkenaan.

“Ini merupakan kempen kesedaran sempena Hari Alam Sekitar yang disambut baru-baru ini dan kita ingin mengajak masyarakat setempat untuk segera menukar minyak hitam motor mereka.

"Dengan baucar percuma ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka khususnya melibatkan kos alatan kelengkapan dan kos minyak motor yang tinggi,”katanya.

Menurut Kee Hiong, baucar berkenaan dikhususkan untuk minyak hitam yang mesra alam sekitar dan hanya boleh ditebus di kedai motor terpilih sekitar pekan Kuala Kubu Bharu.

[caption id="attachment_585416" align="aligncenter" width="565"] Sebahagian daripada penunggang motosikal hadir ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan baucar minyak hitam motosikal pada 6 Jun 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu[/caption]

Terdahulu, puluhan pengguna motosikal sudah berkumpul lebih awal di Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan baucar yang mula diedar jam 10 pagi.

“Jika diberi peluang dan mendapat lebih banyak peruntukan lagi pada penggal akan datang, kita akan buat lagi program seperti ini bagi membantu lebih ramai lagi penunggang motosikal di kawasan ini, “katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.