ad
AGENDA

OKU rentung dalam kebakaran rumah, abang terselamat

27 Mei 2023, 1:56 AM
OKU rentung dalam kebakaran rumah, abang terselamat
OKU rentung dalam kebakaran rumah, abang terselamat

SHAH ALAM, 27 MEI: Lelaki dipercayai pesakit mental maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Desa Country Homes, Rawang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata ketika kejadian mangsa berusia 56 tahun tinggal bersama abangnya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.28 pagi dan tiba di lokasi lapan minit kemudian bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang serta Batu Arang.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat dan mangsa ditemui rentung di dalam salah sebuah bilik.

[caption id="attachment_583583" align="aligncenter" width="643"] Anggota bomba menjalankan operasi dalam kebakaran sebuah rumah di Rawang pada 27 Mei 2023. Foto Ihsan JBPM Selangor[/caption]

"Kebakaran telah dipadamkan orang awam sebelum bomba tiba," katanya sambil menyatakan anggaran kemusnahan dalam kebakaran itu adalah 10 peratus.

Hafisham berkata abang mangsa berusia 65 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.