ad
BUDAYA

Tak perlu lagi pertanyaan-pertanyaan pada hari jadi 65

14 Mei 2023, 12:30 AM
Tak perlu lagi pertanyaan-pertanyaan pada hari jadi 65

i.

dengan enam batang lilin di kiri

dan lima di kanan, dinyalakannya

sumbu di bawah terang cahaya dan nyanyian doa.

kami menikmati sebuah kek umpama kota tanpa papan tanda. namun tak seorangpun dibenarkan bertanya; mengapa atau bagaimana. cukup untuk kita percaya, di sini jalan-jalan menunda kita ke mana kita suka.

ii.

seperti lilin hari jadi yang ditiup tergesa-gesa, jangan ada siapa lagi bertanya; kenapa api segera padam dan kek akhirnya terbiar saja di meja.

kerana seperti aku, hanya ada satu pilihan untuk menyatakan ada dengan menyingkirkan rasa tua atau akhirnya akan kecewa kerana kek-kek itulah juga yang membusuk di bawah meja.

Ghazali Sulong

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.