ad
BERITA UTAMA

Selvax 2023 tawar vaksin Covid-19, Pneumococcal untuk warga emas

27 Apr 2023, 4:00 AM
Selvax 2023 tawar vaksin Covid-19, Pneumococcal untuk warga emas

SHAH ALAM, 27 APRIL: Program Vaksin Selangor (Selvax) 2023 bakal dilancar kelak dengan menawarkan

200,000 dos vaksin Covid-19 dan 10,000 dos vaksin Pneumococcal secara percuma kepada warga emas.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta

dijalankan bersama rangkaian Klinik Selcare Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia.

“Vaksinasi merupakan langkah pencegahan dan perlindungan diri paling selamat selain terbukti berkesan secara saintifik. Semoga lebih ramai rakyat Selangor akan terselamat dan mempunyai imun diri yang kuat,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata pentadbiran Selangor sentiasa mengutamakan aspek imunisasi dan menjadikan ia sebagai benteng perlindungan dan keselamatan rakyat.

“Sejak 2021 Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM1 juta bagi menyediakan ratusan ribu dos vaksin untuk diberi kepada rakyat secara percuma melalui program khas Selvax,” katanya.

Pada Jun 2021, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Melibatkan kos mencecah RM200 juta, program berkenaan diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.