BUDAYA

Kunyalakan

16 Apr 2023, 12:30 AM
Kunyalakan

 

kunyalakan segala yang tersisa dari jerami hidup

mengembang perciknya membakar kembara

api merah dari hati yang telah lama luka

panasnya merintang bara mengeringkan laut saksi kapal – kapal rindu

di pelabuhan waktu, antara ada & tiada

diriku adalah bahasa baru pengakuan & cerita lama penafian

saga senja yang meribakan kenangan jua gersang kesengsaraan

antara kita, ada paksi yang perlu diputarkan sajak – sajak kehilangan

cahaya menghampar seribu kepulangan sukma segala ciptaan

gugur perlahan, meratib kefanaan.

 

Angelo Taj

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.