ad
AGENDA

Hormat sesama manusia, setiap perbezaan adalah kurniaan Allah (VIDEO)

7 Apr 2023, 8:30 AM
Hormat sesama manusia, setiap perbezaan adalah kurniaan Allah (VIDEO)

SHAH ALAM, 7 APRIL: Umat Islam perlu menghormati sesama manusia kerana perbezaan setiap orang adalah kurniaan Allah yang ada keistimewaannya.

Menghuraikan ayat 1 dan 2 Surah Abasa yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata orang kelainan upaya (OKU) perlu diberi layanan istimewa.

"Walaupun yang beriman itu buta dan tak buta itu celik dan pemimpin, tapi orang yang beriman bila dia datang, dia inilah kena layan dengan layanan yang luar biasa sebab dia ada niat yang baik untuk nabi.

"Allah berfirman dalam hadis bila aku ambil kemuliaan hambaku (ambil mata, kena potong kaki sebab penyakit) tidaklah aku balas melainkan syurga.

"Siapa nak tengok ahli syurga, tengoklah orang kelainan upaya. Orang kelainan upaya itu pandangan mata kita. Tapi di sisi Allah dah sedia syurga untuk mereka," katanya.

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1644195797485887490[/embed]

Amirudin pula berkata ayat tersebut merupakan satu teguran kepada umat Islam agar menghormati manusia, kelahiran dan kehidupan.

"Kehidupan mungkin berbeza dengan kita, suaranya mungkin, penampilannya dan juga caranya. Jadi, masing-masing itu adalah kurniaan Allah yang ada keistimewaanya.

"Surah ini jangan kita berpaling muka, jangan bermasam," katanya.

Mengulas lanjut ayat ini, Don Daniyal berkata umat Islam hendaklah berlapang dada menerima teguran.

"Pengajaran kedua, andai kata kalau nabi pun Allah ada didik dengan cara teguran, takkan ketua, ibu bapa tak boleh tegur kita..," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10  – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 - peringatan bercakap benar

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.