ad
BUDAYA

Napuh

2 Apr 2023, 12:30 AM
Napuh

di belantara ini

telah lama aku berhasrat menyerahkan dagingku

juga darah dan tulang-tulangku.

kulihat kera semakin berhati-hati

rusa tangkas pergi

kian hampir aku pada rumahmu

tak sabar aku mahu merasai tajam kukumu

dan dijamah taringmu

aku ingin mengenyangkan laparmu.

ke mana kau sang belang kalibatmu tak kutemui

aku di sini, di depan sarangmu

tidakkah kau terliur menghidu bau dagingku

jangan bimbang tubuhku tidak dipenuhi racun

ke mana kau, terkamlah aku

ataukah dari dulu ngaumanmu sekadar provokasi

seperti pengamal siasah di tanah orang-orang

: aku tertanya-tanya.

J.r Jel

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.