ad
AGENSI

Pekawanis peruntuk lebih RM130,000 bantuan kembali ke sekolah tahun ini

1 Apr 2023, 8:00 AM
Pekawanis peruntuk lebih RM130,000 bantuan kembali ke sekolah tahun ini

SHAH ALAM, 1 APRIL: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM130,440 untuk program Kembali Ke Sekolah (Back To School) tahun ini.

Pertubuhan itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan itu memanfaatkan 860 pelajar seluruh daerah di Selangor dengan setiap seorang menerima RM150.

“Mereka telah menerima sumbangan daripada Pekawanis. Bantuan wang tunai itu disampaikan Yang Dipertua Datin Seri Masdiana Muhamad,” katanya.

Sebelum ini, setiap penerima mendapat manfaat tunai RM100 tetapi kini ditingkatkan kepada RM150.

Sumbangan itu diberikan kepada pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.