AGENDA

Pejabat MB, Media Selangor anjur tadabbur al-Quran tiap hari sempena Ramadan

23 Mac 2023, 12:03 AM
Pejabat MB, Media Selangor anjur tadabbur al-Quran tiap hari sempena Ramadan

SHAH ALAM, 23 MAC: Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor menganjurkan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan yang bermula hari ini.

Program bertema tadabbur dan pengertian al-Quran dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata kandungan al-Quran memberi banyak manfaat kepada umat Islam yang memahami dan meneliti intipatinya sekali gus mengajak mereka beringat dan mengambil iktibar.

“Bersama-sama mengambil iktibar dan pedoman dari ayat suci al-Quran sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

"Semoga program ini akan memberi manfaat kepada kehidupan kita dan memahami serta mendalami kehidupan kita tentang al-Quran,” kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi rakaman video malam tadi.

Orang ramai boleh mengikuti program berkenaan menerusi Facebook Media Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.