AGENDA

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang

19 Mac 2023, 12:32 PM
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang

JOHOR BAHRU, 19 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 13,872 orang setakat 8 malam ini berbanding 15,907 yang direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air banjir surut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.

Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pt Yaani, Parit Raja (678 orang) diikuti Dewan Parit Senah, Sri Medan (671) dan Sekolah Kebangsaan Seri Aman (552).

Tiga kawasan masih berada di tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.08 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.23 meter) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.32 meter).

Keadaan cuaca diramalkan cerah di enam daerah malam ini kecuali Johor Bahru, Muar dan Segamat yang dijangka mendung manakala Batu Pahat diramalkan hujan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.