ad
PBT

97 kakitangan MPAJ terima anugerah khidmat cemerlang, anugerah khas

18 Mac 2023, 12:41 AM
97 kakitangan MPAJ terima anugerah khidmat cemerlang, anugerah khas
97 kakitangan MPAJ terima anugerah khidmat cemerlang, anugerah khas

Oleh AZIAN AZIZ

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Sebanyak 97 kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Anugerah Khas di Hotel Berjaya Times Square di sini, malam tadi.

Daripada jumlah itu, 73 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pesara (17) dan Anugerah Khas Gemulah (empat).

Tiga lagi kakitangan masing-masing menerima Anugerah Khas Sukan, Anugerah Khas Kepujian dan Anugerah Khas Pemandu selain lapan kumpulan kakitangan turut menerima Anugerah Khas Inovasi.

Kesemua penerima individu menerima wang tunai RM1,000 sementara penerima berkumpulan menerima RM1,000 dan RM1,500 beserta sijil penghargaan yang disampaikan Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

[caption id="attachment_572324" align="aligncenter" width="734"] Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim menyampaikan anugerah perkhidmatan cermelang kepada Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pelesenan Pembangunan Usahawan Jusmain Jumaat pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPAJ 2022 di Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Menurut beliau penganugerahan ini bukan semata-mata pengiktirafan kepada warga MPAJ yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

"Dalam erti kata lebih luas, ia langkah ke arah membudayakan kecemerlangan secara menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pemegang taruh dan penduduk Ampang Jaya," katanya dalam ucapan perasmian.

Dalam majlis tersebut tetamu dihiburkan dengan persembahan artis Zarul Umbrella, Mamat Exist dan kumpulan Busker Kesuma Sukma Rindu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.